KENYATAAN RASMI PEMUDA ISMA BERKENAAN ISU SAMBUTAN JERUSALEM JUBILEE – 7 JUN 2017

Pemuda Isma menyokong penuh tindakan kerajaan negeri Melaka dan Kementerian Dalam Negeri membatalkan sambutan Jerusalem’s Jubilee yang dirancang diadakan di Melaka pada 15 hingga 18 Jun ini. Namun bagi kami, tindakan ini tidak cukup terhenti di sini sahaja.

Kami melihat penganjuran sambutan ini adalah satu bentuk provokasi melampau yang mencabar kedaulatan negara. Seperti yang kita tahu, Malaysia sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama persekutuan dan mempunyai majoriti rakyat beragama Islam,  tidak mengiktiraf negara haram Israel dan tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan Israel. Jadi sambutan untuk meraikan kemenangan Israel keatas negara Arab dalam Perang 6 Hari dan penguasaan Israel ke atas Baitul Maqdis adalah satu bentuk penghinaan ke atas negara dan umat Islam di Malaysia.

Walaupun doktrin dan agama selain Islam bebas diamalkan di negara ini, namun sebarang tindakan keagamaan yang berlawanan dengan prinsip moral dan menggugat ketenteraman awam adalah dilarang sama sekali sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 11(5) Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, Pemuda Isma ingin menegaskan bahawa pembatalan sambutan sahaja tidak mencukupi, namun, pihak berkuasa terutamanya Kementerian Dalam Negeri perlulah mengambil tindakan yang lebih tegas dan melakukan siasatan terperinci ke atas pihak penganjur. Perkara yang sensitif seperti ini perlulah dicantas dari pada peringkat awal lagi dari akar umbinya.

Kami juga menyeru pihak penganjur supaya tampil ke hadapan dan melakukan permohonan maaf secara terbuka.

Kami juga ingin menegaskan bahawa ancaman penyebaran agama dan doktrin yang bertentangan dengan agama Islam adalah satu perkara yang realiti dan semakin hari semakin giat dijalankan. Maka, kami menyeru NGO-NGO dan parti politik Islam supaya berkerjasama dalam membendung gejala ini.

Kami juga menyeru semua pihak supaya menjaga tanah ini dari dicemari agenda-agenda asing yang boleh mendatangkan bahaya kepada agama, bangsa dan negara.

Bumi Melaka pada satu masa dahulunya adalah sebuah empayar Islam yang gah dan disegani tapi akhirnya jatuh ke tangan Portugis pada 1511M, kini setelah hampir 5 abad berlalu, pastinya kita tidak mahu tanah yang sama dikotori kembali oleh tangan-tangan durjana.

 

Muhammad Farid Hussin

Ketua Pemuda Isma

12 Ramadhan 1438H

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?