KPDNKK kekal umum harga minyak mingguan
PUTRAJAYA, 25 Ramadan 1438H, Selasa – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan terus kekal mengumumkan harga bahan api pada setiap minggu seperti yang dilaksana ketika ini.
Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, meskipun terdapat permintaan untuk pemgumuman harga petrol dan diesel secara bulanan, namun pihaknya masih kekal untuk meneruskan pelaksanaan sedia ada.
“Ada orang kata tukar semula dari mingguan kepada bulanan. Tidak, sistem yang kita ada ketika ini akan kekal,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Sejak April tahun ini, penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan akan diumumkan setiap hari Rabu dan harga tersebut berkuat kuasa selepas 12 tengah malam.
The post KPDNKK kekal umum harga minyak mingguan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan