KTMB lancar perkhidmatan basikal oBike

KUALA LUMPUR, 15 Ramadan 1438H, Sabtu – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melalui KTM Komuter melancarkan perkhidmatan basikal oBike di stesennya dalam usaha meningkatkan kesalinghubungan rangkaian sistem pengangkutan awam.

oBike adalah perkhidmatan perkongsian sewa basikal tanpa stesen.

Pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan basikal tersebut yang berada di pelbagai lokasi melalui aplikasi oBike sebelum membuka kunci basikal menggunakan kod respons pantas dengan kadar caj RM1 setiap 15 minit.

Pengurus Besar Servis Komuter KTMB, Khair Johari Ishak berkata, perkhidmatan basikal itu mampu menjadi pilihan mod pengangkutan pengguna untuk batuan pertama dan terakhir perjalanan selain menggalakkan gaya hidup sihat.

“Dengan perkhidmatan ini, pengguna boleh memilih untuk berbasikal daripada pelbagai lokasi ke stesen KTM terdekat sebelum menyambung perjalanan dengan komuter dan pengangkutan awam lain.

“Secara tidak langsung usaha ini akan menggalakkan lebih ramai orang menggunakan pengangkutan awam,” katanya pada majlis pelancaran perkhidmatan tersebut di Stesen KTM Subang Jaya, dekat sini.

Khair Johari berkata sebagai permulaan, stesen Subang Jaya menjadi projek perintis perkhidmatan itu​sebelum ia diperluaskan ke stesen lain.

“Kita sedang kenal pasti stesen berhampiran dengan institusi pengajian tinggi dan tarikan pelancong kerana perkhidmatan komuter popular dalam kalangan pelajar,” katanya. – Bernama

The post KTMB lancar perkhidmatan basikal oBike appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian