Laporan forensik sahkan kanak-kanak mati didera
BESUT, 6 Syawal 1438H, Jumaat – Kematian kanak-kanak lelaki berusia lima tahun awal pagi semalam didapati berpunca daripada koyakan pada usus kecilnya dan dipercayai didera.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rawi berkata, perkara itu disahkan pihak forensik yang melakukan bedah siasat ke atas mayat Muhammad Hairi Amsyar Abdul Rahman.
Katanya, laporan forensik juga menunjukkan koyakan itu menyebabkan radang pada peritoneum dan kecederaan tersebut berpunca daripada trauma benda tumpul dari bahagian bawah belakang badan mangsa.
“Kecederaan yang dialami ada unsur penderaan dan bukan akibat kemalangan motosikal seperti didakwa suspek yang juga bapa tirinya,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Mangsa turut mengalami kesan lebam lama dan baharu pada bahagian badan, sebelum itu dibawa suspek ke Unit Kecemasan Hospital Besut pada 3.30 pagi semalam, namun hasil pemeriksaan mendapati mangsa sudah meninggal dunia.
Ketika menghantar kanak-kanak itu, suspek mendakwa mangsa telah terjatuh dan dihempap motosikal yang dinaiki bersamanya.
Mohd Zamri berkata, bapa tiri mangsa kini ditahan bagi membantu siasatan. – Bernama
The post Laporan forensik sahkan kanak-kanak mati didera appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan