Lebih 40,000 kanak-kanak Syria berisiko di Raqqa: UNICEF

NEW YORK, 15 Ramadan 1438H, Sabtu – Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi amaran bahawa konflik berterusan di kubu kuat kumpulan militan IS di Raqqa bakal mengancam nyawa lebih daripada 40,000 kanak-kanak Syria.

UNICEF dalam satu kenyataan berkata, kegiatan keganasan di sekitar bandar itu mengancam keselamatan kira-kira 80,000 kanak-kanak yang kini menjadi pelarian di beberapa pusat perlindungan dan kem sementara.

Awal minggu lalu, tentera bersekutu yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) mempergiatkan serangan udara di kawasan kuat IS.

“Kira-kira 40,000 kanak-kanak terperangkap dalam keadaan yang sangat bahaya di Raqqa. Ramai yang terperangkap disebabkan konflik itu,” kata Pengarah Serantau UNICEF, Geert Cappelaere.

Justeru, beliau menggesa semua pihak untuk memberikan laluan selamat bagi mereka yang mahu meninggalkan kawasan konflik itu.- Agensi

The post Lebih 40,000 kanak-kanak Syria berisiko di Raqqa: UNICEF appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian