Lorong elektronik tak tutup periuk nasi pekerja

KUALA LUMPUR, 5 Syawal 1438H, Khamis – Pelaksanaan penggunaan lorong elektronik di plaza tol bermula 26 April lalu menimbulkan tanda tanya terhadap orang ramai mengenai nasib pekerja plaza tol.

Menjelaskan perkara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Litrak, Sazally Saidi berkata, pelaksanaannya tidak pernah menutup periuk nasi pekerja.

Sebaliknya, pekerja tol yang biasanya bertugas di lorong tunai diberikan tugas dan tanggungjawab lain sejak penggunaan lorong elektronik dikuatkuasakan sepenuhnya di plaza tol.

“Kita ada banyak skop kerja lain selain daripada hanya mengutip kadar tol di lorong tunai. Misalnya kini pihak kami menempatkan pekerja dalam keadaan siap sedia bagi membantu mana-mana pengguna jalan raya yang mengalami masalah di lorong elektronik.

“Malah kami juga masih mengekalkan jurutol di laluan-laluan tertentu seperti lorong tambah nilai kad Touch N’Go dan sebagainya,” katanya yang dipetik akhbar tempatan.

Mengulas mengenai pelaksanaan lorong elektronik secara keseluruhan di plaza tol, Sazally berkata, penggunaan sistem elektronik secara penuh seperti lorong SmartTag dan Touch N’Go sebenarnya dapat membantu mengurangkan kadar kesesakan jalan raya.

“Penggunaan lorong elektronik agak membantu mengurangkan kadar kesesakan jalan raya terutamanya bagi musim perayaan, di mana berjuta-juta kenderaan sedang berpusu-pusu keluar masuk bandar.

“Penggunaan lorong elektronik secara penuh membantu kelancaran trafik tiga kali lebih pantas daripada biasa. Namun saya nasihatkan pengguna agar mengisi penuh kad tambah nilai masing-masing dan pastikan kedudukan SmartTag diletakkan dengan betul sebelum menggunakan lorong elektronik.

“Ia membantu kelancaran perjalanan pengguna jalan raya terutamanya bagi yang mahu pulang ke kampung,” katanya lagi.

The post Lorong elektronik tak tutup periuk nasi pekerja appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian