Malaysia jadi Felda, FGV jika TPM Isa Samad, Najib PM

BANGI, 19 Ramadan 1438H, Rabu – Malaysia akan menjadi seperti Felda dan anak syarikatnya, Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV), yang dilanda masalah, jika Tan Sri Isa Samad menjadi Timbalan Perdana Menteri di bawah Datuk Seri Najib Razak.

Malah, jika tidak kerana Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden UMNO ketika itu tidak menyingkirkan Isa, pastinya bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu kini adalah bakal pengganti Najib.

Veteran PAS yang juga bekas Ketua Pengarang Harakah, Subky Latif berkata, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi pencabar utama Najib selepas Abdullah menggantung keanggotaan Isa dalam UMNO, sekali gus melucutkan jawatan Kabinetnya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.

“Siapakah Tan Sri Isa Samad yang sejak sekian lama menjadikan Felda bergelora dan sekarang mengelorakan syarikat bursanya FGV? Dia adalah orang berkemungkinan menjadi Timbalan Perdana Menteri sekarang dan ketika Perdana Menteri Najib diasak kiri dan kanan sejak mengambil alih kuasa, dialah calon yang berpotensi menggantikan Najib sebagai Perdana Menteri,” katanya menulis dalam Harakah, semalam.

Katanya, ketika pentadbiran Abdullah melancar transformasi membendung rasuah, menukar Badan Pencegah Rasuah kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), banyak aduan politik wang dalam pemilihan UMNO diterima.

Subky berkata, hasilnya Isa didapati melanggar pantang larang rasuah politik menyebabkan bukan sahaja jawatan Naib Presidennya dilucutkan, keanggotaan UMNO digantung banyak tahun

“Isa diam seribu bahasa dan bila Najib naik, Isa pun balik ke dalam UMNO,” katanya.

Katanya, Isa tidak menganggu UMNO Negeri Sembilan, tetapi Felda mula bergelora apabila beliau masuk menjadi Pengerusi.

“Bila Isa masuk ke situ, dia pun macam raja juga. Cakapnya adalah undang-undang. Najib bagi kuasa penuh kepadanya. Koperasi peneroka pun dia nak campur sama. Koperasi adalah untuk ahlinya. Dia dikatakan bukan ahli koperasi. Dia dikatakan mahu jadi ahli lembaganya juga.

Beliau berkata, isu besar di Felda ialah mengenai FGV yang apabila disenaraikan dalam bursa saham, keseluruhan Felda menjadi sandaran.

Subky berkata, Najib yang mempunyai banyak masalah di luar Felda, sukar mempertahankan Isa dan menggantikannya dengan Tan Sri Shahrir Samad, sebagai pengerusi, tetapi menyerahkan FGV kepada Isa.

“Jika Pak Lah tidak bertindak terhadapnya dulu, dengan kemahiran memerintah Negeri Sembilan dan jadi sekejap Menteri Wilayah dan lepas itu menggelorakan Felda, tentu dia boleh adun UMNO dan kerajaan bersama Najib. Bila Pak Lah berundur, Najib naik, Naib Pertama pun naik sama.

“Mungkin sekarang dia Timbalan Perdana Menteri. Bila dia tidak bersama Najib dalam kerajaan, dia dapat bersama Najib dalam Felda. Apa jadi kalau Perdana Menterinya Najib dan Timbalan Perdana Menterinya Isa Samad? Malaysia nescaya jadi macam Felda dan FGV,” katanya.

The post Malaysia jadi Felda, FGV jika TPM Isa Samad, Najib PM appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian