Najib yang pertama kena jalani ujian alat pengesan bohong, kata Kit Siang
BANGI, 8 Ramadan 1438H, Sabtu – Pemimpin parti rasis dan cauvinis DAP berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak patut menjadi individu pertama menjalani ujian ‘alat pengesan bohong’ dan menjawab soalan mengenai skandal 1MDB serta akaun bank peribadinya oleh satu panel bebas dan terkenal.
Lim Kit Siang berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa yang berkata, kerajaan mengkaji kemungkinan menggunakan ujian poligraf sebagai mekanisme bagi membantu membendung kes rasuah di kalangan kakitangan awam.
Ali Hamsa berkata, kerajaan sedang mengkaji untuk menggunakan alat itu sebagai sebahagian daripada inisiatif bagi mengukuhkan integriti agensi kerajaan.
“Ini adalah idea yang bagus, terutama kerana ia baru-baru ini telah dilaporkan oleh media arus perdana bahawa seluruh bahagian sebuah agensi, yang memungut hasil kepada kerajaan, gagal ujian poligraf yang menunjukkan kebanyakan pegawai kanan telah mencuri wang dan menyalahgunakan kedudukan untuk kepentingan diri – salah satu sebab kenapa ujian ke atas kakitangan awam dihentikan,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan.
Menggunakan pepatah Cina ‘ikan membusuk dari kepala’, Kit Siang berkata, Najib harus menjadi individu yang pertama menjalani ujian poligraf dan menjawab soalan-soalan khusus mengenai skandal 1MDB serta akaun bank peribadinya.
Malaysia, katanya, tidak boleh berpura-pura bahawa pengubahan wang haram di peringkat antarabangsa membabitkan berbilion-bilion ringgit wang 1MDB dan ‘derma’ RM2.6 bilion dalam akaun Najib, sebagai tidak wujud, sedangkan mereka menjadi subjek pelbagai siasatan di beberapa negara asing, yang mana tindakan jenayah dan hukuman sudah diambil terhadap bekas pegawai bank dan institusi kewangan.
“Adakah Najib bersedia untuk menjalani ujian poligraf oleh panel bebas dan terkemuka rakyat Malaysia, khususnya dalam pentadbiran beliau yang dituduh di peringkat global sebagai kleptokrasi, skandal 1MDB dan akaun bank peribadinya?,” kata Kit Siang.
The post Najib yang pertama kena jalani ujian alat pengesan bohong, kata Kit Siang appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan