Pemandu Myvi lawan arus ditahan


JOHOR BAHRU, 7 Ramadan 1438H, Jumaat – Polis menahan pemandu kereta Perodua Myvi yang dipercayai memandu melawan arus di KM34, Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Kulai, dekat Johor Bahru, semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. memaklumkan, lelaki berusia 29 tahun itu memandu seorang diri dan kini ditahan di lokap IPD Kulai.

“Lelaki terbabit akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kulai bagi membolehkan polis memohon reman,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini sebentar tadi.

Semalam, satu video berdurasi satu minit 27 saat memaparkan sebuah Perodua Myvi dipandu melawan arus di lebuh raya berkenaan menjadi viral dalam media sosial.

Myvi berkenaan menggunakan lorong kiri iaitu untuk lorong laju sepanjang memandu bertentangan arah.

Kejadian kira-kira pukul 8.20 pagi itu dirakam beberapa pengguna lebuh raya dan dimuat naik dalam Facebook selain aplikasi WhatsApp.

The post Pemandu Myvi lawan arus ditahan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian