Pemberian bonus melalui BR1P palsu: MB Perak

IPOH, 26 Ramadan 1438H, Rabu – Mesej tular kononnya kerajaan Perak akan membuat pembayaran Bonus Rakyat 1Perak (BR1P) yang didakwa boleh dipohon sehingga 24 Jun ini, palsu.

Perkara itu dinafikan sendiri oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir yang menyifatkan ia sebagai permainan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Katanya, mesej berkenaan hampir sama dengan khabar angin yang pernah tular beberapa bulan sebelum ini.

“Kalau kita lihat mesej yang menjadi viral itu, tidak banyak beza dengan apa yang ada sebelum ini, ramai juga yang menghubungi saya dan bertanya betulkah kerajaan negeri akan beri bonus.
“Ini sebenarnya adalah permainan pihak yang tidak bertanggungjawab dan rakyat seharusnya tidak mempercayai penyebaran berita palsu itu yang disebarkan melalui media sosial,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Justeru, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dan terpengaruh dengan mesej tular berkenaan.

Sejak seminggu lalu, mesej mengenai pemberian bonus itu mula tular di aplikasi Whatsapp dan media sosial.

Menurut mesej itu, bonus sebanyak RM750 akan diberikan kepada rakyat Perak berumur 16 hingga 55 tahun sahaja, dengan nombor kad pengenalan 08.

Ia turut meminta orang ramai membuat permohonan menerusi pautan yang disertakan sehingga 24 Jun ini.

The post Pemberian bonus melalui BR1P palsu: MB Perak appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian