Peneroka Felda tentang kerajaan tak dapat duit raya

KULAI, 16 Ramadan 1438H, Ahad – Peneroka Felda yang menentang kerajaan tidak akan mendapat ‘duit raya’ RM500 bagi setiap keluarga yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam.

“Bayaran insentif Hari Raya ini, saya mahu jelaskan, kita akan bayar kepada semua yang berurusan dengan Felda sahaja…yang tidak berurusan, hendak saman Felda, minta maaflah…tidak termasuk,” kata beliau ketika berucap pada majlis Sambutan Ihya’ Rahmat Ramadan Felda peringkat kebangsaan di Felda Sungai Sayong di sini, semalam.

Menerusi pengumuman itu, setiap keluarga peneroka Felda akan menerima insentif raya sebanyak RM500, manakala dividen Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) sebanyak RM280 juga akan diberikan kepada setiap peneroka Felda.

Bayaran insentif itu membabitkan peruntukan berjumlah RM47.28 juta, manakala peruntukan dividen sebanyak RM26.4 juta akan diserahkan kepada 94,555 peneroka.

Najib juga mengumumkan sagu hati RM400 kepada pengerusi masjid, RM500 (imam), RM300 (bilal) dan RM200 (siak) membabitkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM674,400, manakala bagi surau utama pula, imam akan menerima sagu hati sebanyak RM500 dan bilal sebanyak RM300.

Tidak lupa, kerajaan juga akan memberikan insentif khas di antara 10 hingga 30 peratus daripada gaji pokok kepada 3,625 kakitangan Felda bulan ini, sebagai menghargai jasa mereka berkhidmat dengan agensi persekutuan itu.

Selain itu, insentif tambahan sebanyak 10 peratus daripada gaji pokok turut diberikan kepada petugas di barisan hadapan iaitu kakitangan rancangan.

Mengenai FGV, beliau berkata, kerajaan mengarahkan masalah dalaman anak syarikat Felda itu menylesaikannya sebelum sambutan Aidilfitri.

The post Peneroka Felda tentang kerajaan tak dapat duit raya appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian