Program ‘Smart Aulad Circle 1.0: Saya Anak Pintar’ Disambut Baik Oleh Ibu Bapa

 

Nur Aminah Shahirah Mohd Karno

BATU PAHAT, 11 Jun – Program ‘Smart Aulad Circle 1.0: Saya Anak Pintar’ anjuran Kelab NAZIM Cawangan Batu Pahat telah berlangsung dengan jayanya pada hari Selasa kelmarin. Program yang bermula dari pukul 9 pagi sehingga 12 tengahari itu telah diadakan di Surau Batu 7, Tongkang Pechah.

Seramai 30 orang peserta yang berumur tujuh tahun hingga 12 tahun telah menyertai program ini. Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti “Kita Sahabat”, “Jom Solat Dhuha”, “Wow, Bestnya Main!” dan pelbagai aktiviti lain yang menyeronokkan.

Sehubungan dengan itu, bersempena dengan cuti sekolah yang sedang berlangsung, para peserta dapat memanfaatkan masa yang terluang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah selain dapat berkenalan dengan rakan-rakan baru yang datang daripada pelbagai sekolah. Para peserta juga menunjukkan keterujaan semasa menghadiri program ini. “Seronok. Saya hendak datang ke program sebegini lagi”, kata adik Azri ketika ditemu-ramah kelmarin.

Pengarah program, Cik Siti Nursabrina Mohamad Johari berkata, “Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelbagai pihak”.

“Ibu bapa juga menzahirkan rasa seronok dan bersyukur kerana adanya program seperti ini yang mampu mengisi waktu lapang anak-anak mereka ketika cuti persekolahan ini”, tambahnya lagi.

Pihak NAZIM Cawangan Batu Pahat berharap agar segala ilmu yang diperolehi sepanjang program ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh para peserta.

Nur Aminah Shahirah Mohd Karno

Wartawan Isma Batu Pahat

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian