Sambutan Jubli Jerusalem satu bentuk provokasi melampau: PAS

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 10 Ramadan 1438H, Isnin – Sambutan besar-besaran kejayaan rejim Yahudi Israel menawan Baitulmaqdis 50 tahun di Melaka pada 15 hingga 18 Jun depan adalah satu bentuk provokasi melampau yang mencabar sensitiviti umat Islam Malaysia.

Menggesa kerajaan untuk membatalkan acara itu, Ketua Penerangan PAS, Ustaz Nasrudin Hassan berkata, sejarah luka penderitaan umat Islam angkara kekejaman Israel tidak mungkin boleh dilupakan.

“Kini, mereka sengaja cetus provokasi melampau terhadap umat Islam dengan menganjurkan Jerusalem’s Jubilee di bumi Malaysia.

“Budaya Yahudi ini tidak selayaknya dibenarkan bertapak di atas tanah air kita.

“Kerajaan perlu tegas bertindak. Jangan cabar sensitiviti umat Islam. Jangan cemarkan tanah Melayu ini dengan aktiviti Kristian Zionist,” tegasnya dalam satu kenyataan di Facebook.

Beliau berkata demikian mengulas perhimpunan “Nations of the Golden Gate allignining with Jerusalem’s Jubilee”, yang akan diadakan s di Gereja Calvary Life Assembly (Chinese) di Melaka.

Jerusalem Jubilee ialah menyambut kejayaan rejim Israel merampas kota Jerusalem dalam peperangan 6-hari 1967 – sempena tahun ke-50.

Ia diangkat sebagai Hari Kebangsaan Israel dan Kristian Evangelis di Malaysia merayakannya.

Ustaz Nasruddin berkata, beliau sangat mengharapkan agar umat Islam bangkit mempertahan bumi Islam ini.

“Musuh Islam mula main kasar dan makin berani. Sekarang mereka sasarkan Malaysia.

“Mereka mahu buat sarang di sini. Jadi, ayuh bangkit ummah sebelum terlambat,” katanya.

 

Berselindung di sebalik sambutan ulang tahun penubuhan ASEAN dan upacara keagamaan Kristian, satu sambutan besar-besaran kejayaan rejim Yahudi Israel menawan Baitulmaqdis 50 tahun lalu dan menyokong penubuhan negara Israel akan diadakan Melaka pada 15 Jun hingga 18 Jun ini.

Sambutan besar-besaran kejayaan rejim Israel tawan Baitulmaqdis di Melaka

The post Sambutan Jubli Jerusalem satu bentuk provokasi melampau: PAS appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian