Suspek kes kematian Zulfarhan Osman didakwa hari ini

SHAH ALAM, 19 Ramadan 1438H, Rabu – Sebahagian daripada 32 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang ditahan reman berhubung siasatan kes kematian Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, suspek terbabit akan didakwa kira-kira jam 10 pagi ini.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan berapa ramai yang akan didakwa.

“Reman seramai 32 pelajar UPNM tamat hari ini. Sebahagian daripada mereka akan dibawa ke Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini untuk didakwa,” katanya dalam satu kenyataan ringkas, pagi ini.

Terdahulu, seramai 36 suspek yang terdiri daripada 32 pelajar universiti itu dan empat penuntut Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) ditahan reman untuk membantu siasatan.

Pada 8 Jun lalu, keempat-empat pelajar UNITEN terbabit dibebaskan manakala perintah reman terhadap 32 penuntut UPNM disambung sehingga hari ini.

The post Suspek kes kematian Zulfarhan Osman didakwa hari ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian