Syria: Jumlah terbunuh meningkat dua kali ganda bulan lalu

LONDON, 29 Ramadan 1438H, Sabtu – Jumlah kematian orang awam yang terbunuh dalam serangan udara Amerika Syarikat (AS), dilaporkan meningkat dua kali pada bulan lalu.

Pemerhati bagi Hak Asasi Manusia Syria berkata, seramai 472 orang awam terbunuh dalam tempoh antara 23 Mei dan 23 Jun.

Ia sekali gus menyaksikan angka kematian orang awam paling tinggi dalam serangan udara AS sejak campur tangannya pada September 2014.

Ketua Pemerhati, Rami Abdel Rahman berkata, 222 orang awam termasuk kanak-kanak terbunuh di Dayr al-Zawr. Sementara, 250 lagi orang awam termasuk 53 kanak-kanak terbunuh di wilayah Raqqa.

Kematian baru itu membawa jumlah keseluruhan kematian orang awam yang terkorban dalam serangan udara diketuai AS meningkat kepada 1,953 orang termasuk 456 kanak-kanak dan 333 wanita.- Agensi

The post Syria: Jumlah terbunuh meningkat dua kali ganda bulan lalu appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian