TH rancang bina kompleks haji di Makkah, Madinah

KAMPAR, 12 Ramadan 1438H, Rabu – Tabung Haji (TH) merancang membina kompleks haji di Makkah dan Madinah tidak lama lagi.

Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata rancangan itu dibuat bagi memudahkan urusan jemaah haji dan umrah Malaysia melakukan ibadat di Tanah Suci.

Dalam pada itu, katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga sudah dimaklumkan cadangan Malaysia kepada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud ketika melawat negara ini, pada Mac lalu.

“Alhamdulillah, impian untuk menempatkan semua jemaah kita dalam satu tempat bakal terlaksana tidak lama lagi.

“Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika ini sudah berada di Makkah bagi meninjau dan mengenalpasti lokasi tanah yang sesuai sebelum perjanjian dimeterai, ” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan kepada 1,000 penerima pada Program Ziarah Kasih Ramadan Al Mubarak Parlimen Kampar anjuran Yayasan Tabung Haji dan UMNO di Kompleks Rakan Muda Kampar di sini hari ini.

Abdul Azeez berkata, reputasi TH serta hubungan baik yan g terjalin sekian lama antara Malaysia dan Arab Saudi, memungkinkan pembinaan kompleks berkenaan dilaksanakan tidak lama lagi.

“InsyaAllah kita pasti (pembinaan kompleks) itu berlaku meskipun masih belum ada hitam putih dan masih dalam perbincangan

“Kita sama-sama berdoa supaya ia berlaku dan saya selaku Pengerusi TH mengharapkan ia berlaku untuk kemudahan jemaah dari Malaysia,” katanya.

The post TH rancang bina kompleks haji di Makkah, Madinah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian