Zahid kaki pembohong, kata Tun M
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin BANGI, 7 Zulkaedah 1438H, Isnin – ‘Pembohong’ adalah perkataan yang sesuai dilabelkan pada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak benar berkenaan asal-usul Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Mahathir yang berasa terkejut terhadap kenyataan itu berkata, tidak pernah ada sesiapa lagi yang menyentuh perkara ini serta memberikan maklumat mengenai asal-usulnya secara berbeza daripada yang telah diketahui umum. “Ini adalah satu kenyataan yang baik untuk kita tunjukkan bahawa betapa Zahid ini ‘kaki pembohong. “Kaki pembohong kerana dia tak boleh tunjuk kad identiti itu. “Saya masih ingat kad yang pertama saya terima, saya masih dalam universiti pada masa itu. Tapi kalau dia boleh tunjuk, saya nak tengoklah. “Jangan sembunyi, jangan buat macam Apandi. Apandi dia kata 1MDB tiada apa-apa tapi masuk Akta Rahsia. Zahid pun nak rahsia juga ya?,” kata Mahathir dalam satu video yang dimuatnaik ke...