China bantah Indonesia tukar nama Laut China Selatan

BEIJING, 22 Syawal 1438H, Ahad – China menyifatkan penamaan semula sebahagian daripada Laut China Selatan kepada Laut Natuna Utara sebagai tidak kondusif serta tidak masuk akal.

Tidak berpuas hati terhadap perkara itu, jurubicara Kementerian Luar Negeri China, Geng Shuang berkata, Laut China Selatan merujuk kepada zon geografi yang jelas, yang telah diakui dan diterima secara meluas oleh masyarakat antarabangsa.

“Perubahan nama tidak sesuai dengan usaha penyeragaman nama-nama tempat antarabangsa,” katanya ketika sidang media pada hari Jumaat.

Kerajaan Indonesia telah mengeluarkan peta rasmi Indonesia baharu yang menggambarkan zon ekonomi eksklusif Indonesia yang dituntut di Laut China Selatan sebagai Laut Natuna Utara.

Timbalan Kedaulatan Maritim di Kementerian Maritim Afair, Arif Havas Oegroseno berkata, sebelah utara zon ekonomi adalah tempat kegiatan minyak dan gas.

Beliau berkata, mereka mahu “mengemas kini” penamaan laut dan memberi nama baru sejajar dengan amalan biasa.

Mengulas perkata itu, Geng berkata, China berharap negara-negara yang berkaitan dapat bekerjasama dengan China untuk matlamat yang dikongsi dan bersama-sama menyelesaikan situasi di Laut China Selatan. – Agensi

The post China bantah Indonesia tukar nama Laut China Selatan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian