Mesir tahan anak perempuan, menantu Qaradawi

KAHERAH, 10 Syawal 1438H, Selasa – Pasukan keselamatan Mesir menahan anak perempuan dan menantu pemimpin Ikwanul Muslimin yang berada di buangan di Qatar.

Kenyataan dari pendakwa memberitahu, anak perempuan Dr Youssef Al Qaradawi , Ola dan suaminya, Hossam Khalaf ditahan di sebuah resort pantai Mediterranian pada Ahad atas tuduhan menganggotai organisasi pengganas.

Pada Isnin, kedua-dua mereka direman selama 15 hari sementara menunggu siasatan.

Mesir mengisytiharkan Ikhwanul Muslimin sebagai organisasi pengganas selepas penyingkiran Presiden Mohammad Morsi pada 2013. Sejak itu, ribuan anggota Ikhwan dibunuh dan ditangkap.

Al Qaradawi dihukum tanpa hadir. Beliau adalah antara yang tersenarai dalam sekatan oleh Mesir, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain – yang terlibat dalam krisis diplomatik dengan Qatar. –  Agensi

The post Mesir tahan anak perempuan, menantu Qaradawi appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?