Premis kecantikan, rumah urut tawar khidmat seks melalui WeChat

KUALA LUMPUR, 15 Syawal 1438H, Ahad – Beberapa rumah urut di sekitar Lembah Klang dikesan menawarkan tempahan perkhidmatan seks melalui aplikasi WeChat.

Modus operandi itu dibongkarkan Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman ketika menggempur enam premis dalam serbuan serentak menerusi Op Noda di sekitar kawasan Brickfields dan Wangsa Maju.

Pegawai Operasi STAGG, Superintenden Mohd Shukri Abdullah berkata, sebanyak 20 warga asing disyaki pelacur dan enam pekerja serta penjaga ditahan dalam serbuan kira-kira jam 9.30 malam di premis kecantikan dan pusat refleksologi itu.

Kesemua ditahan berusia antara 20 tahun hingga 38 tahun yang terdiri daripada 10 wanita warga Filipina, empat warga Vietnam dan Thailand serta dua warga China.

“Mereka dipercayai menawarkan perkhidmatan seks dengan kadar RM150 hingga RM200 satu jam. Perkhidmatan tukang urut ini juga boleh ditempah menggunakan aplikasi WeChat.

“Enam lelaki warga tempatan berusia lingkungan 35 tahun hingga 45 tahun turut ditahan kerana menjaga dan bekerja di premis terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini.

Dalam serbuan itu, pihak polis turut merampas wang tunai, salinan lesen perniagaan, buku catatan perniagaan serta beberapa peralatan yang digunakan bagi tujuan perkhidmatan seks seperti tuala, kondom dan tisu.

Mohd Shukri berkata, premis terbabit turut menggunakan sistem kamera litar tertutup (CCTV) dan pintu masuk khas yang menggunakan alat kawalan jauh bagi tujuan pengawasan kehadiran polis, selain menyukarkan polis ketika serbuan dibuat.

The post Premis kecantikan, rumah urut tawar khidmat seks melalui WeChat appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian