TH jamin keadaan di Makkah selamat, terkawal

BANGI, 5 Zulkaedah 1438H, Sabtu – Lembaga Tabung Haji (TH) memberi jaminan kepada jemaah haji Malaysia dan ahli keluarga bahawa keadaan di Tanah Suci adalah selamat dan terkawal.

Timbalan Ketua (Kebajikan) bagi 1438H, Nurrin Anuwar Shamsuddin berkata, TH bekerjasama rapat dengan Kedutaan Malaysia di Riyadh dan Konsul Jeneral di Jeddah bagi aspek keselamatan.

“Kita sentiasa mendapatkan maklumat terkini mengenai keselamatan dari mereka. Setakat ini, tiada amaran dkeluarkan. Keadaan dalam terkawal dan jemaah haji boleh bergerak bebas, kerana tiada sekatan,” katanya seperti dilapor New Straits Times.

Pasukan Keselamatan Saudi pada Khamis (27 Julai) memintas sebuah peluru berpandu balistik, dikenali sebagai ‘Burkan-1’, yang disasarkan 69 kilometer dari Makkah di kawasan Al-Wasliya di Wilayah Yaif.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat serangan tersebut.

Menurut laporan media antarabangsa, puak Houthi pada Jumaat mengesahkan melancarkan peluru berpandu balistik Burkan-1 ke Arab Saudi tetapi berkata serangan itu disasarkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah, lapangan terbang paliung sibuk di negara itu.

The post TH jamin keadaan di Makkah selamat, terkawal appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian