Touch ‘n Go akan perkenal platform digital bagi aktiviti runcit

KUALA LUMPUR, 19 Syawal 1438H, Khamis – Touch ‘n Go Sdn Bhd akan memperkenalkan platform digital baharu yang bakal digunakan dalam medium jualan dan belian di seluruh negara dalam tempoh enam bulan akan datang, seiring langkah untuk mempertingkatkan lagi transaksi tanpa tunai di peringkat masyarakat.

Ketua Pegawai Eksekutif, Syahrunizam Samsudin berkata, platform itu yang ketika ini dikenali sebagai‘Touch ‘n Go e-Wallet’ telah melalui beberapa proses penilaian oleh Bank Negara Malaysia sebelum boleh diperkenalkan kepada awam.

Beliau berkata, nama platform baharu itu belum dimuktamadkan dan berkemungkinan ia diubah sebaik sahaja dilancarkan secara rasmi tahun depan.

“Matlamat kami adalah memperkenalkan sistem bayaran tanpa tunai ini secara lebih meluas di peringkat masyarakat, bukan hanya di pusat bandar atau untuk pusat beli-belah, malah di outlet runcit berhampiran komuniti.

“Insya-Allah, dalam enam bulan akan datang, kami akan melancarkan platform ini dan menerima maklum balas daripada pengguna selepas itu,” katanya kepada pemberita di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Touch ‘n Go di sini, hari ini.

Syahrunizam berkata, projek rintis bagi platform berkenaan dijalankan di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini pada dua bulan lepas dengan kerjasama persatuan penduduk, serta peruncit, pengusaha restoran dan peniaga pasar TTDI.

Beliau berkata, maklum balas yang diterima adalah positif dari segi kestabilan sistem dan fungsi mesra pengguna.

Sepanjang projek rintis itu dilaksanakan, beliau berkata, semua rakan kerjasama tersebut telah​​​​​​​membolehkan bayaran bagi pembelian barangan dari premis mereka dilakukan menggunakan platform berkenaan, yang boleh dimuat turun di telefon pintar.

Syahrunizam berkata, pelancaran tersebut akan diadakan secara berperingkat​​​​​​​ memandangkan​​​​​​​ syarikat berusaha mendidik pengguna mengenai kaedah penggunaan platform itu untuk membuat pembelian.

“Apa yang kami ingin tekankan bagi strategi korporat syarikat adalah meningkatkan jumlah pusat yang menggunakan kad Touch ‘n Go, dengan tumpuan semasa kepada perniagaan letak kenderaan, sebagai contoh, manakala sektor runcit akan bermula serentak dengan pelancaran platform e-wallet kami,” katanya.

Setakat ini, pengguna aktif Touch ‘n Go adalah pada purata 18.5 juta setahun. – Bernama

The post Touch ‘n Go akan perkenal platform digital bagi aktiviti runcit appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian