Muslim Uighur diharam guna bahasa ibunda di sekolah

BEIJING, 12 Zulkaedah 1438H, Sabtu – Penduduk Muslim di sebuah daerah di Xinjiang, China diharamkan daripada menggunakan bahasa ibunda mereka di sekolah.

Larangan itu diumumkan oleh pihak berkuasa Hotan menerusi notis di laman webnya.

Pengharaman penggunaan bahasa tempatan itu akan berkuatkuasa bulan depan, serentak dengan semester baru persekolahan.

Penggunaan bahasa Uighur itu diharamkan dari peringkat prasekolah hingga ke sekolah menengah dengan alasan untuk mempopularkan sepenuhnya bahasa Mandarin yang menjadi bahasa kebangsaan China.

Seorang pegawai berkata, buku teks berbahasa Uighur akan digantikan dengan buku teks berbahasa Mandarin.

Malah, semua papan tanda di kawasan sekolah juga diharamkan daripada menggunakan bahasa penduduk tempatan.

Langkah itu adalah penindasan terbaru terhadap Muslim di rantau berkenaan selepas mereka dilarang berpuasa sejak beberapa tahun lalu dan ditegah melakukan sesuatu yang ada kaitan dengan Islam, termasuk memelihara janggut.- Agensi

The post Muslim Uighur diharam guna bahasa ibunda di sekolah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian