Bapa nafi lafaz cerai 30 tahun lalu, talak tak jatuh

 

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 26 Zulhijjah 1438H, Ahad – Penafian seorang lelaki bahawa dia menyebut perkataan cerai terhadap isterinya 30 tahun lalu, tidak menyebabkan perceraian itu berlaku.

Pengerusi Majlis Ulama Isma (MUIS), Prof Madya Dr Aznan Hassan ketika diminta mengulas kemusykilan seorang pembaca ismaweb.web, berkata oleh kerana si ayah sudah menafikan talak, dari segi syarak, maka talak tidak berlaku.

“Adik tersebut adalah anak yang sah. Tak perlu ragu lagi. Itu was-was syaitan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Seorang pembaca ismaweb.net, semalam mengajukan soalan mengenai keraguan ibunya terhadap status adik perempuannya.

Zairie, bukan nama sebenar berkata, keraguan ibunya mula muncul setelah menonton sebuah rancangan televisyen yang membincangkan tajuk anak tak sah taraf.

“Hati dan sanubarinya (ibu) mula berbolak balik tentang hukum dan menidakkan adik perempuan saya yang dikhuatiri tak sah taraf selepas mengandungkan adik perempuan saya.

“Kerana dikhuatiri masa itu ada sedikit perbalahan dan ungkapan lafaz cerai dari bapa saya tetapi bapa saya menafikan sekeras kerasnya lafaz cerai itu.

“Setelah 30 tahun baru ibu saya teringat dan khuatir status adik perempuan saya kerana dia masih berasa was-was dengan pengakuan ayah saya sampai ke hari ini.

“Hidup ibu saya tak tenang sampai ke saat ini mengenangkan status adik perempuan saya. Dia asyik membahaskan isu ini sehingga adik saya mengalami stress,” katanya dalam ruangan komen di bawah artikel bertajuk Anak Tak Sah Taraf Tak Boleh Di’bin’kan Kepada Bapa Biologi yang ditulis oleh Peguam Syarie, Haji Abd Ghani Ahmad.

The post Bapa nafi lafaz cerai 30 tahun lalu, talak tak jatuh appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?