Bekas Pengerusi Ikhwanul Muslimin Mesir meninggal dunia

KAHERAH, 2 Muharram 1439H, Sabtu – Bekas Pengerusi Ikhwanul Muslimin Mesir, Mohammed Mahdi Akef, yang membantu pertubuhan itu menjadi gerakan pembangkang terbesar, meninggal dunia pada usia 89 tahun di Hospital Kaherah, semalam.

Anak perempuannya, Aliya Mahdi Akef mengumumkan kematian Mohammed Mahdi dalam laman Facebook beliau.

Sepuluh bulan sebelum kematiannya, Mohammed Mahdi dipindahkan dari penjara ke Hospital Kaherah untuk rawatan kanser, kata peguam, Abdel Moneim Abdel Maqsud.

Allahyarham ditangkap dan dipenjarakan pada 2013 selepas tentera diketuai Abdel Fatah el-Sisi merampas kuasa daripada Presiden Mohamed Morsi, serta memenjarakan penyokong dan anggota Ikhwanul Muslimin.

Allahyarham yang dilahirkan pada 1928, mengetuai Ikhwanul Muslimin mulai 2004 hingga 2010. Allahyarham menyertai Ikhwanul Muslimin pada 1940 yang ketika itu diketuai Hassan al Banna.

Di bawah pimpinannya, Ikhwanul Muslimin memenangi 20 peratus kerusi Parlimen pada pilihan raya 2005, suatu pencapaian bersejarah bagi pergerakan itu sebelum diharamkan oleh rejim el-Sisi.

Allahyarham menghabiskan usia selama 26 tahun di dalam penjara. Kali pertama Allahyarham ditangkap dan dipenjarakan ialah selepas pihak tertentu gagal membunuh Presiden Mesir, Gamal Abdel Nasser pada 1954.

Selepas Mohamed Morsi digulingkan, Allahyarhamditangkap pada 4 Julai 2013 dijatuhi hukuman penjara seumur hidup, atas tuduhan memainkan peranan hingga menyebabkan kematian 12 penentang Ikhwanul Muslimin, yang cuba menyerang ibu pejabat pergerakan itu di Kaherah. – Agensi

The post Bekas Pengerusi Ikhwanul Muslimin Mesir meninggal dunia appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian