Daie Perlu Tanam Semangat ‘Fastabiqul Khairat’ dalam Diri

oleh Norlia binti Salleh

Kota Samarahan, 24 Sept – “Dalam kehidupan kita, perlulah sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam suasana persaingan yang sihat. Harus punyai semangat ‘fastabiqul khairat’ iaitu berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan.” Demikian kata Ustaz Shuhaib Ar Rumy bin Selamat dalam tazkirah ringkas sempena Hari Keluarga Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Sarawak yang telah diadakan baru-baru ini.

Katanya lagi, perkara utama yang akan menjadi kekuatan jemaah adalah ukhuwwah atas dasar islamiyah. Kerana itu, jalinkanlah ukhuwwah sesama ahli berlandaskan neraca agama. Nescaya jemaah dapat berkembang dan menjadi kuat untuk terus menyantuni masyarakat sekelilingnya.

Ustaz Shuhaib Ar Rumy yang juga merupakan Naib Yang Di-Pertua (NYDP) ISMA melaka Tengah turut berpesan bahawa antara tuntutan kepada seorang daie adalah mengenali serta berbuat baik kepada jiran, menziarahi ahli masyarakat yang kurang sihat serta menziarahi mereka yang meninggal dunia. Tuntutan ini adalah berasas dan ia mampu mengeratkan lagi ukhuwwah kepada masyarakat sekeliling. Seterusnya, dakwah dapat disampaikan dengan mudah apabila masyarakat saling mengenali antara satu sama lain.

   

Aida Nursheila bt Munshi, seorang dari peserta menyatakan keterujaannya menghadiri Hari Keluarga ISMA Sarawak dan berharap agar aktiviti seperti itu dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.

“Seronok datang Hari Keluarga. Dapat jumpa ahli ISMA dari seluruh Sarawak dan merapatkan ukhuwwah bersama mereka.”

   

Turut hadir pada program tersebut adalah Ustaz Dr Mohd Khairol bin Jambli, Yang Di-Pertua (YDP) ISMA Kuching dan Ustaz Abdul Rahman bin Ismail, YDP ISMA Samarahan.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?