Facebook tutup akaun pejuang Rohingya
ARAKAN, 30 Zulhijjah 1438H, Khamis – Tatkala orang ramai sibuk menghentam kerajaan rejim Myanmar kerana bertindak kejam terhadap etnik minoriti Rohinya, laman aplikasi sosial – Facebook – bertindak menutup akaun Tentera Solidariti Arakan Rohingya (Arakan Rohingya Solidarity Army-Arsa).
Kumpulan yang sebelum ini dikenali sebagai nama Harakatul Yakeen itu diletak dalam senarai organisasi berbahaya di Facebook.
Facebook juga mengarahkan penyelenggaranya memadam apa-apa kandungan yang didapati menyokong organisasi itu.
Jurucakap Facebook yang mengesahkan perkara itu memaklumkan, keputusan berkenaan dibuat selepas penilaian dalaman terhadap kumpulan itu.
Bagaimanapun, Facebook enggan mengulas mengenai sama ada mana-mana kumpulan lain yang terlibat dalam konflik yang telah menyaksikan lebih daripada 400,000 Rohingya melarikan diri dari negara itu untuk dikategorikan sebagai berbahaya, atau mempunyai akaun atau posting yang dipadam.
Arsa bermula pada Oktober 2016 apabila menyerang tiga polis di pos kawalan sekitar Maungdaw dan Rathedaung.
Oktober tahun lalu, pemimpinnya, Ataullah Abu Umar Jununi menyiarkan video berdurasi 18 minit yang menyokong tindakan membunuh polis Myanmar itu kerana keganasan serta tekanan yang diberikan kepada Rohingya selama ini. – Agensi
The post Facebook tutup akaun pejuang Rohingya appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan