Ini antara sebab kedai dobi khas kepada umat Islam perlu wujud

Atau kejadian begini hanya dipandang remeh

BANGI, 8 Muharram 1439H, Khamis – Sejak seminggu lalu heboh mengenai langkah seorang pengusaha sebuah kedai dobi di Muar, Johor yang hanya membuka perniagaannya kepada umat Islam sahaja, demi menjaga kebersihan dan kesucian.

Pelbagai kenyataan sokongan dan penghinaan, malah ada yang menyifatkannya sebagai perbuatan ekstrem dan amalan agama yang sempit.

Walaupun, kini terpaksa mengubah polisinya, pengusaha itu pada awalnya berkata, beliau hanya menjalankan tugas sebagai seorang muslim.

Malah, Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin berkata, langkah pemilik premis adalah tindakan terpuji kerana kebersihan menjadi keutamaan umat Islam.

“Ini tidak sepatutnya menjadi isu kerana ia hanya akan menggalakkan persepsi negatif daripada bukan Islam kepada umat Islam. Saya fikir ia adalah satu langkah yang baik kerana orang Islam tidak lagi berasa ragu ketika menggunakan kedai dobi ini setiap hari,” katanya.

Antara kebimbangan yang berbangkit mengenai kebersihan dari segi Islam ialah sebagaimana dua keping gambar yang diperoleh Ismaweb.net.

Gambar itu menunjukkan seorang lelaki membawa anjingnya masuk ke dalam kedai dobi. Dia mendukung anjingnya ketika memasukkan pakaian ke dalam mesin basuh.

Sementara menunggu pakaiannya siap dicuci, lelaki itu meletakkan anjingnya di atas kerusi.

Netizen yang menghantar gambar ini kepada Ismaweb.net berkata, ini adalah contoh di mana kedai dobi berasingan iaitu yang dikhaskan kepada umat Islam sahaja, perlu diwujudkan.

Beliau juga mempersoalkan, selepas gambar ini menjadi tular, adakah kedai berkenaan perlu disamak atau disertu.

Beliau menjadikan contoh sebuah pusat beli-belah di Pentong, Johor yang meminta bantuan jawatankuasa surau berhampiran untuk melakukan sertu terhadap semua troli, setelah gambar seorang pengunjung meletakkan anjing di dalam troli tular di media sosial.

The post Ini antara sebab kedai dobi khas kepada umat Islam perlu wujud appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian