Isma ucap takziah maahad tahfiz terbakar
KUALA LUMPUR, 23 Zulhijjah 1438H, Khamis – Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Gombak, Mohd Zuraidi Zakaria merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang meninggal dunia pagi tadi.
Setakat ini dilaporkan 24 pelajar dan tenaga pengajar maut dalam tragedi itu.
“Semoga Allah SWT memberikan kekuatan serta kesabarankepada semua yang terlibat termasuk pihak pentadbiran maahad dan ahli keluarga pelajar untuk mengharungi masa yang mencabar serta menyayat hati ini.
“Kami juga berdoa agar mereka yang tercedera supaya cepat pulih. InsyaAllah, pihak Isma Gombak akan menggerakkan ahli untuk menghulurkan bantuan,” katanya kepada Ismaweb.
Dalam kejadian sekitar jam 5 pagi itu, api dipercayai bermula dari tingkat atas pusat tahfiz tiga tingkat itu yang menempatkan sebahagian pelajar dan ustaz yang sedang tidur.
Berdasarkan maklumat awal, lebih 20 lagi pelajar sempat menyelamatkan diri dengan terjun menerusi tingkap di tingkat dua, manakala mangsa lain yang gagal selamatkan diri dipercayai ditemui berdekatan pintu keluar.
The post Isma ucap takziah maahad tahfiz terbakar appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan