Kebakaran pusat tahfiz: Tiga dibenar pulang, empat masih di ICU

KUALA LUMPUR, 26 Zulhijjah 1438H, Ahad – Empat lagi mangsa tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Pengarah HKL, Datuk Dr Zaininah Mohd Zain, tiga mangsa masih ditempatkan Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana terbakar.

“Mereka dimasukkan selepas melecur 20 peratus ke 30 peratus dan sedang mendapat rawatan sokongan.

“Seorang lagi ditempatkan di ICU Pediatrik kerana masih trauma serta berhadapan masalah kesihatan lain yang berkaitan,” katanya kepada pemberita di HKL, di sini, hari ini.

Dr Zaininah berkata, semalam tiga mangsa sudah dibenarkan pulang, bagaimanapun mereka perlu menjalani rawatan susulan mengikut tarikh yang ditetapkan.

Difahamkan setakat hari ini, semua mangsa yang terselamat dalam tragedi kebakaran bangunan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah ditempatkan di dalam kem Kementerian Pertahanan sebelum dipindahkan ke sebuah premis rahsia di sekitar Keramat, semalam.

Premis itu dilaporkan dikawal ketat pihak polis dan tentera, manakala hanya waris terdekat dibenar memasuki kawasan terbabit.

The post Kebakaran pusat tahfiz: Tiga dibenar pulang, empat masih di ICU appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?