Kerajaan haram parti gay diadakan di Malaysia
BANGI, 30 Zulhijjah 1438H, Khamis – Tiada sebarang permohonan permit dibuat oleh penganjur pesta muzik tarian gay ‘White Party BKK Warm Up’, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri berkata, meskipun jika ada permohonan dibuat oleh penganjur, kerajaan dan pihak berkuasa tidak akan membenarkan acara berkenaan diadakan.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, beliau meminta pihak polis dan Jabatan Imigresen mengesan pergerakan penganjur parti itu, dan memastikan mereka tidak dibenar masuk ke negara ini.
“Tiada visa akan diberikan. Polis dan imigresen diarah memantau pergerakan semua yang terlibat.
“Kita tidak akan meluluskan pesta gay itu kerana ia bukan tingkah laku manusia normal,” katanya seperti dilapor New Straits Times, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas penganjuran pesta tarian gay yang akan diadakan pada 30 September ini di ibu negara.
Parti muzik gay itu dikatakan yang terbesar di dunia itu dikatakan sebagai membantu merangsang pelancongan negara.
“Banyak perkara lain yang boleh dilakukan untuk membawa masuk pelancong, kita tidak memerlukan penganjuran seperti ini,” kata Zahid.
The post Kerajaan haram parti gay diadakan di Malaysia appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan