Kerajaan patut wajibkan umat Islam carum simpanan patuh syariah

KUALA LUMPUR, 6 Muharram 1439H, Rabu – PAS mengesyorkan kerajaan mewajibkan umat Islam yang mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menukar kepada simpanan patuh syariah.

Naib Presidennya, Ustaz Idris Ahmad berkata, tindakan itu perlu bagi mengelakkan simpanan mereka tidak diragui dari segi halal haram.

“Apabila seseorang pekerja itu menukar kepada akaun patuh syariah mereka tidak perlu ragu lagi kerana KWSP telah mewujudkan Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS) bagi menasihati KWSP berkenaan pelaburan patuh syariah,” katanya yang dipetik daripada Harakah Daily.

Idris berkata, meskipun KWSP mewujudkan skim simpanan patuh syariah ketika ini, tetapi kerajaan masih memberi pilihan kepada para penyimpan sama ada mahu menukar kepada patuh syariah atau kekal dalam simpanan konvensional.

Terdahulu, Jawatankuasa Fatwa Perlis memaklumkan, semua jenis skim KWSP wajib ditunaikan zakat dengan syarat pekerjaan pencarum adalah halal.

Hukum itu diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Perlis yang bersidang pada 6 Ogos lalu.

The post Kerajaan patut wajibkan umat Islam carum simpanan patuh syariah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?