KRIM Klang anjurkan aktiviti riadah sebagai instrumen pembentukan jati diri remaja

Sg. Udang, 16 September – KRIM Klang meneruskan agenda pembentukan jati diri remaja dengan penganjuran ‘Karnival Sukan Remaja Muslim’ (KASRIM) di Dewan Sri Qamaria, Sg. Udang di sini dengan pertandingan badminton perseorangan dan beregu.

“Selain baik untuk kesihatan dan kecergasan, aktiviti sukan juga boleh menjadi pemangkin kepada pertautan ukhuwah sesama rakan sebaya.”

“Remaja adalah golongan yang mempunyai banyak tenaga dan masa. Penyaluran masa dan tenaga ini ke arah yang betul akan melahirkan natijah yang baik. Sebaliknya jika tidak disalurkan dengan baik akan menyebabkan permasalahan seperti yang dapat kita lihat hari ini. Pergaulan bebas, penagihan dadah, lari dari rumah dan seumpamanya adalah musibah yang merosakkan masa depan kita.”

“Disamping itu aktiviti sukan juga menjadi ibadah jika diperbetulkan niatnya.” Ujar Saudari Akrima lagi ketika menyampaikan ucapan kepada para peserta.

Pengarah KASRIM ini seterusnya menegaskan aktiviti sebegini sepatutnya diperbanyakkan untuk membendung gejala sosial yang semakin parah dikalangan remaja.

Karnival Sukan Remaja (KASRIM) merupakan acara tahunan yang menyasarkan golongan remaja untuk aktif bersukan berlandaskan syariat Islam.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?