Lebih 20 maut dalam kebakaran pusat tahfiz di Keramat

KUALA LUMPUR, 23 Zulhijjah 1438H, Khamis – Sekurang-kurangnya 25 maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur, pihaknya masih mengenal pasti jumlah sebenar mangsa yang terkorban dan cedera.

Mangsa yang terkorban kebanyakannya adalah pelajar, manakala yang cedera telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.
Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 5.41 pagi.

Video awam menunjukkan tingkat paling atas di bangunan tiga tingkat pusat tahfiz itu masih terbakar ketika azan subuh berkumandang.- Bernama

The post Lebih 20 maut dalam kebakaran pusat tahfiz di Keramat appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?