Mangsa banjir di Kedah meningkat

ALOR SETAR, 3 Muharram 1438H, Ahad – Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 2,873 orang di 21 pusat pemindahan di sini, setakat jam 8 pagi tadi.

Penyelaras Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah, Kapten Saifuddin Abdullah berkata, jumlah mangsa paling ramai adalah di pusat pemindahan SK Mahawangsa di Jitra dengan 496 orang, dan 303 lagi di Dewan Kubur Siam.

Sementara di Pendang, seramai 260 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan di Dewan Rakan Sukan Tanah Merah.

Beliau berkata, lima pusat pemindahan ditutup di negeri itu termasuk dua di Kubang Pasu dan satu lagi di Kota Setar.

The post Mangsa banjir di Kedah meningkat appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?