Militan rancang serang pesta arak: KPN
KUALA LUMPUR, 30 Zulhijjah 1438H, Khamis – Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mendedahkan bahawa Bukit Aman menerima maklumat risikan berhubung rancangan kumpulan militan mensabotaj penganjuran Better Beer Festival 2017 (BBF17).
Beliau berkata, pihaknya tidak akan membenarkan pesta arak itu diadakan kerana bimbang berlaku serangan oleh kumpulan militan.
“Kami juga menerima maklumat bahawa beberapa pihak merancang mencetuskan masalah ketika acara (pesta) itu, dan ia juga mungkin menimbulkan masalah keselamatan yang serius,” katanya dalam satu kenyataa, hari ini.
Mohamad Fuzi berkata, Bukit Aman perlu proaktif dalam membantah penganjuran berkenaan untuk mengelakkan sebarag kejadian yang tidak diingini berlaku.
“Pendirian kita terhadap penganjuran acara itu juga bertujuan untuk memelihara keamanan dan keselamatan rakyat,” katanya.
Memetik laporan akhbar berbahasa Cina hari ini, penganjur BBF17 bertegas mahu meneruskan pesta itu dan tidak bercadang menukar lokasi walaupun gagal mendapat kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Pesta yang dijadual pada 6 dan 7 Oktober depan dirancang diadakan secara besar-besaran di sebuah kompleks beli-belah di Dutamas, Damansara dengan menyediakan kira-kira 250 jenama arak daripada 43 syarikat seluruh dunia.
The post Militan rancang serang pesta arak: KPN appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan