Pejuang 2017 kembalikan ingatan generasi lupa tokoh sejarah

Oleh Siti Fatimah Ishak

SHAH ALAM, 25 Zulhijjah 1438H, Sabtu – Malam Inspirasi Perjuangan (Pejuang 2017) bermula sebentar tadi dengan ucapan Naib Presiden Isma 1, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni.

Beliau yang juga Pengarah Pejuang berkata, tema ‘Bahasa Melayu Teras Tamadun Bangsa’ diangkat malam ini kerana meyakini ia merupakan aspek penting dalam pembentukan identiti orang Melayu sehingga ke hari ini.

Jelasnya, Bahasa Melayu dan tulisan jawi adalah warisan Melayu yang menjadi bukti ketamadunan yang tinggi bangsa Melayu.

“Selain itu dengan kemasukan banyak perkataan Arab, bahasa Melayu menjadi bukti keislaman bangsa Melayu.

“Bahkan, keluasan penggunaan bahasa Melayu pula menjadi bukti kesatuan bangsa Melayu satu ketika dahulu,” katanya.

Bagaimanapun Ustaz Fauzi berkata, beliau sedikit kesal apabila generasi hari ini seolah melupakan tokoh yang memperjuang Bahasa Melayu.

“Kita tidak mahu generasi muda lupa generasi terdahulu. Ramai yang masih tidak tahu jerit perih tokoh terdahulu memperkasa Bahasa Melayu.

“Kalau kita tanya generasi 60-an, 50-an mungkin mereka tahu, tetapi jika ditanya generasi 20-an, mungkin ramai yang tidak tahu.

“Jadi Pejuang kali ini mengambil kesempatan menonjolkan tokoh-tokoh mengikut zaman yang patut dikenang oleh semua generasi,” katanya ketika berucap di Malam Pejuang di Pusat Konvensyen Shah Alam malam ini.

Pejuang 2017 adalah program tahunan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana.

Ia diadakan untuk mengukuhkan konsep kenegaraan Islam Malaysia dari sudut sejarah, budaya dan perlembagaan.

Penganjuran kali ketiga ini adalah untuk mengenang perjuangan beberapa tokoh pejuang bahasa dalam pembinaan identiti Islam negara yang memartabatkan Bahasa Melayu dan tulisan jawi.

The post Pejuang 2017 kembalikan ingatan generasi lupa tokoh sejarah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?