Pelajar pukul guru sedang solat

LAHAD DATU, 30 Zulhijjah 1438H, Khamis – Seorang pelajar telah bertindak kejam apabila menghentak kepala seorang guru wanita akibat bimbang cubaan mencuri diketahui.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, suspek berjaya ditahan oleh beberapa guru dan pengawal keselamatan yang menyedari akan kejadian tersebut selepas terdengar jeritan daripada mangsa.

“Ketika tahiyat akhir, suspek menghentak kepala mangsa dengan batu kemungkinan bimbang cubaannya untuk mencuri disedari guru terbabit.

“Terkejut dengan kejadian itu, mangsa menjerit sebelum pengawal keselamatan dan guru lain menangkap suspek dan menyerahkannya kepada polis,” katanya dipetik BH Online.

Mangsa yang berusia 23 tahun itu, terpaksa menerima 17 jahitan di kepala serta dalam keadaan stabil.

Ramli berkata, siasatan polis mendapati pelajar tersebut ponteng sekolah pada hari berkenaan dan datang ke lokasi kejadian semata-mata untuk mencuri.

Suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cuba merompak dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dengan sengaja menggunakan senjata.

The post Pelajar pukul guru sedang solat appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?