Pemuda Isma Perak, PAS bincang isu martabatkan Islam, ketuanan Melayu

BANGI, 30 Zulhijjah 1438H, Khamis – Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Perak menerima kunjungan daripada wakil PAS negeri itu, di pejabat cawangannya di Ipoh, pada Selasa lalu.

Ketua Pemuda Isma Ipoh, Mohammad Izhar Zainal berkata, pertemuan itu antara lainnya adalah untuk membincangkan pelbagai isu berkaitan agama, masyarakat dan ramah mesra antara dua pihak.

Beliau berkata, pemuda Isma sentiasa optimis dan menyambut baik sebarang bentuk perbincangan yang menumpukan hal umat Islam serta Melayu khususnya di negara ini.

Jelas beliau, beberapa perkara yang menjadi isu utama yang dibincangkan antara kedua-dua belah pihak adalah berhubung agenda dalam memartabatkan Islam di Malaysia, termasuk hal berkaitan ketuanan Melayu.

“Ia termasuk juga dengan pengaruh besar dan merosakkan oleh parti rasis dan cauvinis DAP dalam menggugat institusi Islam serta kelompok-kelompok yang bersekongkol dengan mereka.

“Malah kita juga membincangkan mengenai kerjasama dalam beberapa perkara yang disepakati demi Islam,” katanya.

Katanya, pihak PAS juga memandang Isma sebagai gelombang ketiga yang membawa slogan mengundi calon muslim berwibawa dalam Pilihan Raya Umum.

The post Pemuda Isma Perak, PAS bincang isu martabatkan Islam, ketuanan Melayu appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?