Pesta arak: NGO mohon Sultan Selangor campur tangan

SHAH ALAM, 1 Muharram 1439H, Jumaat – Dua puluh lima gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Selangor memohon Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah campur tangan sekiranya terdapat cadangan pesta arak ‘Better Beer Festival 2017’ mahu dianjurkan di sini.

Pengerusi gabungan berkenaan, Nor Nazilah Idris berkata, baginda selaku ketua agama Islam di Selangor berkuasa untuk menghalang sebarang aktiviti atau program yang tidak menghormati sensitiviti umat Islam daripada diadakan di negeri ini.

“Memorandum berkenaan hal ini telah pun kami serahkan kepada wakil Istana Bukit Kayangan pagi tadi dan kami percaya memorandum berkenaan akan dibawa ke pengetahuan baginda,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan bantahan terhadap penganjuran festival minuman keras itu di hadapan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari, hari ini.

Terdahulu, beliau menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil Istana Selangor yang juga Pengiring Rapat Sultan Selangor, Sarjan Mejar Aznan Din.

Bernama melaporkan, kira-kira 50 anggota NGO, antaranya Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Biro Aduan Masyarakat Selangor dan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia hadir dalam perhimpunan bantahan berkenaan yang diadakan selepas solat Jumaat.

Pada Isnin lalu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menolak permohonan permit bagi penganjuran pesta tersebut atas sebab keselamatan, selain ia juga bercanggah dengan enakmen yang terkandung dalam undang-undang kecil DBKL.

Pesta berkenaan dirancang diadakan pada 6 dan 7 Oktober di pusat beli-belah Publika, Kuala Lumpur, dengan menampilkan 250 jenama arak yang berbeza daripada 43 kilang arak dari seluruh dunia. malah, pra pesta berkenaan dilaporkan sedang berlangsung sekarang di ibu kota di tempat tertutup.

Sementara itu, Nor Nazilah berkata, umat Islam di negeri ini bimbang pesta arak dan gay akan dipindahkan ke Selangor selepas DBKL menolak permohonan penganjuran di ibu negara.

“Rakyat Selangor memohon Tuanku untuk mengharamkan pesta ini dianjurkan kerana ia sama sekali menghina agama Islam serta mencemarkan kedaulatan negeri ini.

“Tuanku adalah ketua agama Islam di Selangor dan kami rakyat Selangor khuatir mungkin ada agenda tersembunyi di sebalik penganjuran pesta ini,” katanya.

The post Pesta arak: NGO mohon Sultan Selangor campur tangan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian