Piala Presiden Isma 2017: Juara tahun lalu tersingkir

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 26 Zulhijjah 1438H, Ahad – Harapan Selangor untuk mengekalkan takhta sebagai juara pada Kejohanan Piala Presiden Isma 2017, hari ini, musnah apabila gagal melayakkan diri ke pusingan suku akhir.

Pagi semalam, Selangor telah bertemu pasukan Pahang namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila ditewaskan 2-1.

Manakala perlawanan di sebelah petang dengan pasukan Kedah menyaksikan kedua-dua pasukan gagal menjaringkan sebarang gol.

Perlawanan peringkat kumpulan yang diteruskan pada hari kedua hari ini juga turut menyaksikan Selangor tewas di tangan Melaka 1-0.

Tahun lalu, Selangor berjaya menempatkan diri sebagai juara sulung Kejohanan Piala Presiden Isma setelah mengalahkan pasukan Az-Zahrah FC 3-1.

Selain 16 pasukan yang bertanding bagi merebut gelaran johan Piala Presiden Isma 2017, akan berlangsung juga perlawanan persahabatan antara Ahli Jawatankuasa Isma dan Yang Dipertua Isma pada jam 2.45 petang ini.

Acara hari ini dijangka tamat pada jam 6.15 petang sekali gus mengakhiri persoalan pasukan mana yang berjaya merebut takhta johan.

The post Piala Presiden Isma 2017: Juara tahun lalu tersingkir appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?