Piala Presiden Isma 2017: Orang ramai mula membanjiri padang

Oleh Ainul lllia Meor Suzurudin

BANGI, 25 Zulhijjah 1438H, Sabtu – Orang ramai sudah mula membanjiri Padang Bola Sepak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pagi ini bagi menyaksikan Kejohanan Piala Presiden Isma 2017.

Seramai 16 pasukan yang bakal
berentap hari ini sedang melalui proses pendaftaran pada ketika ini.

14 daripadanya adalah pasukan negeri selain pasukan tambahan daripada Az-Zahrah FC dan satu lagi penyertaan baharu dari pasukan selebriti nasyid tempatan.

Ketua Operasi Kejohanan, Muhammad Faisal Kamaruzzaman berkata, upacara perasmian oleh Presiden Isma, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman akan bermula seawal jam 9.30 pagi.

Seterusnya, perlawanan pasukan A iaitu di antara Isma Selangor dan Isma Pahang pula akan bermula pada jam 10.30 pagi.

Perlawanan hari ini dijangka tamat pada jam 4 petang.

Kejohanan Piala Presiden Isma 2017 merupakan kali kedua seumpamanya dianjurkan dan pada tahun lalu Isma Selangor merupakan pasukan yang berjaya merebut gelaran juara.

The post Piala Presiden Isma 2017: Orang ramai mula membanjiri padang appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?