Rakyat Palestin serah dokumen bukti jenayah perang Israel kepada ICC

TEBING BARAT, 30 Zulhijjah 1438H, Khamis – Satu dokumen setebal 700 muka surat yang mengandungi bukti-bukti jenayah perang dilakukan oleh Israel ke atas rakyat Palestin telah dihantar kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Dokumen itu mendakwa pegawai-pegawai atasan tentera Israel melakukan pebagai jenis jenayah perang di Tebing Barat dan Timur Jerusalem.

Empat kumpulan hak asasi manusia Palestin berkenaan ialah al-Haq, Al Mezan Center for Human Rights, the Palestinian Centre for Human Rights dan Aldameer Association for Human Rights yang semuanya berpusat di kawasan yang dikuasai Israel.

“Semua data dikutip oleh empat organisasi ini meliputi semua jenis jenayah yang bercanggah dengan hak asasi manusia dan Rome Statute seperti pembunuhan, mengusir penduduk, penganiayaan dan apartheid,” kata wakil al-Haq kepada Al Jazeera.

ICC, sebuah mahkamah bebas di peringkat antarabangsa dan berpusat di The Hague, Belanda mengesahkan telah menerima dokumen itu.

“Kami akan meneliti semua data dengan tidak cenderung kepada mana-mana pihak selari dengan Rome Statute. Kami akan memberikan jawapan kepada pihak yang menghantar dokumen ini dan memaklumkan apa tindakan kami selanjutnya beserta alasan,” kata pihak Jabatan Pendakwaraya ICC kepada Al-Jazeera.

Pejabat Perdana Menteri Israel bagaimanapun tidak memberikan maklum balas apabila diminta.

Sebelum ini, sejak Palestin menyertai ICC pada April 2015, empat kumpulan Palestin itu telah menghantar tiga dokumen bukti kepada ICC yang mengaitkan jenayah perang oleh Israel ke atas Genting Gaza sejak 13 Jun 2014.

Serangan Israel ke atas Gaza pada tahun 2014 dalam peperangan selama 51 hari itu telah menyebabkan kematian 2,200 rakyat Palestin termasuk 1,462 orang awam, 500 daripadanya adalah kanak-kanak. – Agensi

The post Rakyat Palestin serah dokumen bukti jenayah perang Israel kepada ICC appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?