Selangor catat kes tertinggi denggi

PUTRAJAYA, 3 Muharram 1439H, Ahad – Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi denggi dalam tempoh awal tahun ini sehingga semalam, menurut Statistik Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan.

Statistik itu diikuti dengan Kuala Lumpur yang mencatatkan sebanyak 6,544 kes, Johor (6,219), Negeri Sembilan (2,714) dan Kelantan dengan 2,238 kes direkodkan.

Manakala Labuan adalah kawasan paling rendah dengan hanya 65 kes direkodkan sepanjang tempoh berkenaan. Kesemua jumlah berkenaan menjadikan sebanyak 69,255 kes direkodkan di seluruh negara setakat ini.

Sementara itu, sebanyak 153 jumlah kematian akibat denggi direkodkan dalam tempoh Januari hingga 16 September lepas.

The post Selangor catat kes tertinggi denggi appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?