Terima rasuah RM1,000, denda RM10,000

BANGI, 6 Muharram 1439H, Rabu – Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berdepan hukuman penjara selama 14 hari selepas mengaku bersalah menerima suapan berjumlah RM1,000.

Memetik laporan portal The Star hari ini, Mohd Zamri Atan @ Mohd Salleh, 36, turut diperintahkan membayar denda sebanyak RM10,000 atau menjalani hukuman tambahan penjara selama enam bulan.

Mohd Zamri yang bertugas di bahagian automotif JPJ dituduh menerima wang dari individu yang dikenali sebagai Ng Ken Hing, sebagai dorongan mempercepat pengeluaran laporan pemeriksaan kereta.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

The post Terima rasuah RM1,000, denda RM10,000 appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?