Tok Gajah julang Piala Presiden Isma 2017

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 26 Zulhijjah 1438H, Ahad – Dengan gol tunggal pada aksi separuh masa kedua, menyaksikan Tok Gajah akhirnya dijulang sebagai juara Kejohanan Bolasepak Piala Presiden Isma 2017 yang berlangsung di pasang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), petang tadi.

1-0 kemenangan ke atas skuad Terengganu menyaksikan juara baharu kejohanan, Isma Pahang FC membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000, piala pusingan dan hadiah iringan lain.

Memberikan saingan sengit kepada Terengganu sepanjang perlawanan, skuad Tok Gajah tidak mensia-siakan peluang untuk membuat jaringan sulung perlawanan akhir pada separuh masa kedua.

Kapten pasukannya, Mohd Fadli Abdul Jalil, yang juga seorang guru subjek Sejarah di Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART), Kuantan, Pahang meluahkan rasa bangga terhadap kejayaan pasukannya yang bertungkus-lumus melakukan persiapan sebelum kejohanan.

“Kami sangat bersyukur kepada Allah swt kerana dengan limpah kurnianya dapat Pahang meraikan kemenangan yang diidam-idamkan setelah tahun lepas kita mengalami satu malapetaka yang begitu dahsyat.

“Saya juga turut berterima kasih kepada jurulatih, pihak pengurusan dan pemain-pemain kerana mereka, kami berjaya mencipta satu sejarah baru negeri Pahang Darul Makmur,” katanya.

Terengganu membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 beserta pingat.

The post Tok Gajah julang Piala Presiden Isma 2017 appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?