Tragedi bakar pusat tahfiz: Bukan masalah dadah – Dr. Murizah

Membeli petrol, membeli tong gas, meletakkan tilam depan pintu, mengunci bilik dan seterusnya membakar.

Semuanya adalah tindakan aktif dan terancang. Masyarakat rata rata terkejut bila mengetahui tindakan ini dilakukan oleh remaja belasan tahun. Lebih terkejut apabila 6 daripada remaja ini positif dadah.

Begitu parahnya masyarakat kita. Lepas satu, satu kita dikejutkan dengan pelbagai berita sadis. Kita tidak boleh membayangkan bagaimana mereka boleh merancang untuk melakukan kebakaran yang pasti memungkinkan kehilangan nyawa. Apa yang terjadi adalah refleksi sesuatu yang tidak kena dalam masyarakat.

Apabila seorang doktor melihat seorang pesakit kencing manis datang dengan komplikasi buah pinggang rosak, mata kabur, luka di kaki yang tidak sembuh-sembuh, maka si doktor yang bijaksana bukan hanya merawat mata, buah pinggang, tetapi yang lebih utama adalah kencing manis iaitu punca terjadinya komplikasi.

Begitu juga zina, anak luar nikah, dadah, buli semuanya adalah komplikasi dari suatu penyakit!

Justeru apa penyakit itu?

Penyakit itu tidak lain adalah lemahnya iman dan aqidah sehingga tiada lagi pertimbangan untuk merasakan bahawa di sana ada Allah yang sentiasa melihat dan memantau setiap perbuatan.

Jika rosak remaja, maka ini bermakna rosaknya institusi di mana remaja dijana.

Tidak boleh tidak, kita harus menilai kepada keluarga yang melahirkan remaja ini.

Bukan ingin menunding jari, tetapi membesarkan remaja dalam zaman yang penuh cabaran ini memerlukan ilmu dan doa yang berterusan. Ibu bapa, masyarakat dan persekitaran semuanya harus berganding bahu untuk membina remaja yang mempunyai agenda dalam kehidupan.

Sesungguhnya jika kita ingin melihat negara kita di masa hadapan, maka lihatlah remaja yang ada di depan kita pada hari ini.

Ayuh, banyaknya kerja kita untuk membangun remaja yang mempunyai misi dan visi kehidupan.

#saynotozina
#saynotovape
#saynotodrug
#saynotobully

Dr. Murizah Mohd Zain
Ketua Wanita ISMA Cawangan Alor Setar

Dr. Murizah juga merupakan Pakar Perubatan Reproduktif dan Perunding Obstetrik dan Ginekologi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?