Tun Sakaran Tokoh Maal Hijrah 1439H

 

Gambar: Berita Harian

KUALA LUMPUR1 Muharram 1439H, Jumaat –  Bekas Ketua Menteri dan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai, 87, diumum Tokoh Maal Hijrah pada sambutan Maal Hijrah 1439H peringkat kebangsaan di Masjid Wilayah Persekutuan, hari ini. 

Beliau menerima hadiah wang tunai RM100,000, pingat dan sijil penghargaan yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Terdahulu ketika berucap, Sakaran berkata anugerah itu adalah satu pengiktirafan bukan sahaja untuk dirinya, tetapi seluruh rakyat Malaysia khususnya umat Islam di Sabah dan anggota Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) yang beliau adalah presiden kepada pertubuhan itu.

Beliau melahirkan keyakinan bahawa anugerah itu akan menjadi ikatan yang kuat dan menyemai bibit-bibit kasih sayang serta persaudaraan antara rakyat Malaysia di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dalam mengharungi dunia serba mencabar ketika ini.

“Perpaduan adalah kunci utama untuk kita mencapai nikmat kehidupan bermasyarakat dan bernegara sebagaimana yang dicontohi oleh Rasulullah SAW,” katanya.

Sakaran yang dilahirkan di Semporna pada 15 April 1930 mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Semporna dari 1937 hingga 1941 selain belajar di Government Vernacular School, Semporna.

Hasil perkahwinan dengan Toh Puan Siti Rukaiyah Panglima Abdullah, mereka dikurniakan tujuh anak.

Antara sumbangan beliau dalam memartabatkan syiar Islam ialah pengasas pembukaan Rancangan Pulau Semporna, Mentaritip Pegagau dan Lihak-Lihak serta pengasas Pondok Remaja Inabah Kamal. – Benama

The post Tun Sakaran Tokoh Maal Hijrah 1439H appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian