Adik maut, kakak cedera ditembak askar Zionis
Gambar fail RAMALLAH, 11 Safar 1439H, Selasa – Askar rejim Zionis melepaskan tembakan ke arah dua beradik tidak jauh dari penempatan haram Yahudi di Halamish di barat laut Ramallah, menyebabkan seorang daripada mereka terbunuh dan seorang lagi cedera, hari ini. Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan, Mohammad Abdullah Mousa, 26, dari perkampungan Deir Ballout di barat Salfit, meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital Israel selepas askar menembak kereta mereka. Kakaknya, Latifa, 33, cedera di bahu dan keadaannya tidak membimbangkan. Israel mendakwa askarnya melepaskan tembakan kerana ‘mengesyaki’ kereta dinaiki adik beradik itu diguna untuk melanggar mereka. Kejadian itu berlaku sehari selepas tujuh anggota pejuang Palestin terbunuh akibat serangan roket rejim Israel ke atas sebuah terowong di Semenanjung Gaza. Gambar fail Sementara itu di JERUSALEM , rejim Zionis menangkap sekurang-kurangnya 17 warga Palestin dalam serbuan berterusan sejak malam tadi di Tebing Bara...