276 maut, 300 cedera letupan bom trak di Mogadishu

MOGADISHU, 26 Muharram 1439H, Isnin – Jumlah kematian akibat letupan bom trak di sini, meningkat kepada sekurang-kurangnya 276 orang, kata Menteri Penerangan Somalia, kelmarin.

Menerusi Twitternya, Abdirahman Osman berkata, kira-kira 300 lagi dipercayai cedera dalam letupan kuat di persimpangan jalan yang sibuk, yang turut memusnahkan rumah serta premis perniagaan berhampiran.

Beliau menyifatkan serangan itu sebagai kejam dan berkata, beberapa negara termasuk Turki, Ethopia dan Kenya, sudah menyatakan kesediaan untuk menghulur bantuan perubatan.

Presiden Mohamed Abdullahi Mohamed Farmaajo, semalam mengisytiharkan tempoh berkabung tiga hari berikutan serangan itu.

“Kami berkabung selama tiga hari bagi mengingati mangsa, manakala bendera dikibarkan separuh tiang. Masa untuk bersatu dan sama-sama berdoa. Keganasan tidak akan menang,” katanya dalam akaun Twitter rasmi pejabat Presiden.

Beliau juga meminta orang ramai menghulurkan bantuan kepada mereka yang terjejas akibat serangan itu.

Penduduk Mogadishu menyifatkan letupan itu adalah yang paling kuat pernah mereka dengar dan saksikan setakat ini.

Tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Pasukan bantuan kecemasan terpaksa bekerja sehingga lewat malam untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam runtuhan bangunan.

Serangan itu berlaku 48 jam selepas menteri pertahanan dan ketua tentera negara itu meletak jawatan tanpa menjelaskan sebab-sebab berbuat demikian. – Agensi

The post 276 maut, 300 cedera letupan bom trak di Mogadishu appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian